Jumaat, 9 November 2018

NETWORKING SANTAI

Minggu lepas Akhi ditemukan dengan seorang jutawan. Pendapatannya sudah menjangkau RM2 juta sebulan. Sebenarnya Akhi pernah berjumpa jutawan ini suatu ketika dulu. Tapi bukan di rumah yang Akhi ditemukan kali ini walaupun Akhi masih ingat di rumah dikawasan yang sama. Nak masuk taman sahaja ada 2 gate yang berpengawal untuk menjejaki kawasan perumahan mewah ini. Kali ini rumahnya lebih besar rasanya. Terdapat banyak varendah di sekitar rumah itu. Waktu itu Akhi kerumah itu dengan seorang leader untuk program yang membuatkan beliau menjadi jutawan sekarang bezanya dia fokus kerana ada modal dan Akhi terpaksa undur kerana tak bermodal itu cerita belasan tahun dulu.

Akhi dijemput bersama lebih kurang 30 orang kali ini kerana jutawan ini, Mr. Sow namanya akan melancarkan bisnes networking yang baru. Nak bantu orang susah, katanya. Akhi dijemput oleh Ustazah Junaidah dan Dato' Aziz Samad seorang sifu MLM di Malaysia (Dia mendapat pengiktirafan dan anugerah itu dari Menteri Keusahawanan dulu YB. Dato' Ismail Sobri). Bezanya Ustazah Junaidah/Ustaz Nordin Sahlam menalipon awal satu jam awal dari Dato' Aziz Samad tapi kami sebenarnya dari satu kelompok dalam suatu program sebelum ini.

Tambah kapsyen


Ok, lupakan siapa yang menjemput, sekarang jom kita hayati bisnes A-Star yang bakal diperkenalkan oleh Mr. Sow. Dalam muqadimahnya, Mr. Saw menerangkan bahawa Bisnes yang akan dijalankan adalah suatu perniagaan biasa tetapi unik pelan pemasarannya. Untuk promosi sahaja beliau membelanjakan RM30 juta. Belanja sebanyak itu terpaksa beliau keluarkan kerana kalau dengan cara biasa, beliau terpaksa membuat iklan TV yang menyiarkan produk yang mahu dipasarkan setiap hari malah pada setiap jam agar orang ramai akan ingat produk yang dipasarkan A-Star. Untuk iklan TV sahaja setahun menelan belanja minima RM10Juta.

Iklan TV sahaja tidak memadai untuk produk di promosi, beliau terpaksa pula mempromosikan melalui billboard di lebuhraya selatan-utara juga di lebuhraya Pantai Timur serta dimajallah-majallah dan surat kabar juga di media-media massa yang lain. Mungkin dalam 2 tahun dia terpaksa menggunakan kaedah itu. Itu promosi dengan kaedah ini beliau terpaksa mengorbankan minima RM18Juta. 

Jadi untuk lebih dapat di manfaatkan serta terus dapat dirasai oleh pengguna maka kaedah Networking Power atau Kuasa Pemasaran Berangkaian akan digunakan bagi memastikan ianya sampai tepat kepada sasarannya..


PRODUK BERKUALI & HARGA RENDAH

Rantaian Produk yang dipasarkan adalah untuk kegunaan harian berkualiti serta harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Produk-produk yang akan dipasarkan diantaranya adalah seperti berikut:



Banyak lagi produk-produk akan dibariskan bagi memenuhi keperluan pelanggan di 18 buah negara. Diantara negara yang sudah bersedia untuk pemasaran syarikat ini adalah Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, India, Filipina, Bangladesh,Myanmar, Amerika Syarikat, Hong Kong, China dan beberapa Negara Timur Tengah.


KONSEP

Konsep Konsumer biasanya membeli produk dari Supermarket, Mall serta Kedai-Kedai Runcit dan sejak akhir-akhir ini ramai yang membeli melalui Online dan kebiasaan itu adalah menjadi amalan biasa dari rantaian pengurusan edarannya menyebabkan harga menjadi tinggi tetapi dengan syarikat ini dari kilang terus kepada pelanggan/pengguna. Amalan biasa yang selalu menjadi kebiasaan pengguna adalah seperti berikut:



KONSEP YANG MENJADIKAN PRODUK AKAN LEBIH MURAH ADALAH KERANA KONSEP 
BELIAN ONLINE DIMANA SYARIKAT MEMESAN TERUS DARI KILANG DISAMPAIKAN TERUS 
KEPADA PELANGGAN MENERUSI KIRIMAN ONLINE



PELAN PEMASARAN


MODAL 

Modal untuk menjadi Ahli adalah RM250 nilai produk yang menjadi pilihan anda. Pada pertamakali anda mengeluarkan modal sebanyak itu maka anda layak untuk mendapat Bonus FastStart dengan menaja 3 orang ahli atau lebih.



Kenapa Anda Layak Menjana Pendapatan 
Bulan Pertama berjumlah RM140ribu 
dalam Program A-Star ini?

Pertama:
Syarikat ini menyediakan modal sejumlah RM200juta. 
Satu jumlah modal yang terlalu kukuh. 
Sehinggakan syarikat telah menyediakan persediaan lengkap seperti 
pejabat, pengendali yang pakar dan cekap bukan sahaja di Malaysia 
tetapi di 18 buah negara yang akan diterokainya.

Kedua:

Modal Permulaan bagi Anda untuk menyertai bisnes ini adalah terlalu rendah
iaitu RM250 sahaja. Ianya mampu disediakan oleh kebanyakan orang.

Ketiga:

Syarikat A-Star ini menyediakan ribuan produk kegunaan harian yang berkualiti
dengan harga kilang, rendah dan mampu dimiliki.

Keempat:
Pelan Pemasarannya (Marketing Plan) mudah difahami 
dan mudah pula untuk dilaksanakan. Sekiranya Anda bercerita, 
sesiapa pun akan sedia menyertai program ini.

Kelima:
Bonusnya lumayan dan yang paling hot pembayarannya
INFINITI.


Keenam:
MENTOR 
berpengalaman yang akan sentiasa
membantu dan membimbing Anda.


Ketujuh:
Kita Adalah Peserta Program Terawal atau Pioneer.


Dengan Modal RM250 sahaja anda 
akan menjana Ratusan Ribu RM, 
Suatu Peluang Terkini 
Yang Paling Hebat Untuk Anda, 
Bersama-samalah menjayakannya
Ayuh kita bersedia dari sekarang.... Sebarkan !!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NETWORKING SANTAI

Minggu lepas Akhi ditemukan dengan seorang jutawan. Pendapatannya sudah menjangkau RM2 juta sebulan. Sebenarnya Akhi pernah berjumpa jutawan...